CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Label

Khamis, 29 November 2012


Kita selalu merungut anak-anak tidak menghormati ibu bapa. Sedarkah..sebenarnya kita yang mengajar mereka bersikap demikian dengan mempamerkan kelakuan tidak hormat kita ketika berinteraksi dengan mereka. 
Bagaimana?

Kita tidak menunjukkan rasa hormat...
~ apabila banyak berleter, menjerit-jerit marahkan anak, memukul mereka ketika naik angin dan merendah-rendahkan kebolehan anak.
~ apabila melakukan segalanya untuk anak-anak walaupun perkara itu boleh dilakukan sendiri oleh mereka (tidak memberi peluang pada mereka).
~ apabila kita mengamalkan sikap pilih kasih dan double standard.






Selasa, 27 November 2012

Ibu bapa yang cemerlang tidak akan memalukan anak, menakutkan anak, mendera dan memukul mereka samada di tempat tertutup dan lebih-lebih lagi tidak melakukan sedemikian rupa di hadapan orang ramai..

Sabtu, 24 November 2012

Belajar..belajar..belajar... Proses pembelajaran berlaku seumur hidup. Walaupun kita sudah bergelar seorang ibu, bapa, datuk atau nenek, masih banyak lagi perkara yang kita perlu belajar. So jangan jemu mencari ilmu...



p/s : kata-kata pembakar semangat untuk diri sendiri dan rakan2 upsi serta rakan lain yang turut sama belajar.. 

Khamis, 15 November 2012



Tugas mendisiplinkan anak-anak kecil merupakan sesuatu yang sangat mencabar bagi ibu bapa terutamanya apabila anak-anak membuat kerenah yang pada anggapan ibu bapa tidak munasabah. Bayangkan betapa kelam kabutnya kita apabila tiba-tiba anak mengamuk berguling-guling di lantai di tengah-tengah orang ramai apabila kita menolak untuk membelikannya permainan yang kita rasa tidak perlu. Puas dipujuk, tantrumnya tidak reda malah menjadi-jadi. Orang ramai yang lalu lalang, memerhati. Perasaan kita bercampur baur antara malu, stress, marah dan kecewa. Aduhai ibu bapa, jangan berputus asa...sesungguhnya kerenah yang mencabar itu adalah normal pada anak-anak yang berusia antara 2 - 6 tahun dan kita sebagai ibu bapa sebenarnya berkemampuan untuk membantu anak-anak supaya mereka boleh kontrol diri mereka sendiri. Gunakan kerenah yang mencabar itu sebagai peluang untuk kita mendidik mereka

Selasa, 13 November 2012


JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS


Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.

( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Harap dapat la terap kan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak.. Wallahualam.




Isnin, 12 November 2012


FAKTA

“Sesuatu yang telah ditemui oleh para saintis adalah dengan memuji, anak anda akan menjadi lebih bijak jika dibandingkan dengan mereka yang sering dipersalahkan. Itulah elemen kreatif yang ada pada pujian.”
-Thomas Dreier-

“One thing that scientists have discovered is that
often praised children become more intelligent
than often blamed ones. There's a creative element in praise.”
- Thomas Dreier -


Ahad, 4 November 2012

info


TUNJANG PEMBELAJARAN :
  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Sains dan Teknologi
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Tunjang Ketrampilan Diri

Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:

  1. Membaca
  2. Menulis
  3. Mengira
  4. Menaakul

KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:

“The term early childhood refers to the period from birth to age eight,………Early childhood program provide services for children from birth through age eight in part day and full day group programs in centers, home and institution kindergartens and primary school and recreational program”. (Morrison, m.s. 24)


Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.
Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal

Jumaat, 2 November 2012



Bagaimana anda mendidik anak? Ayuh kita amalkan cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak berdasarkan sunnah Rasulullah.

Tahap 1
0-6 tahun : mumaiyyiz
Pada ketika ini, anak-anak perlulah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa. Mereka perlu dibelai, diajak bermain dan bergurau dengan penuh kasih sayang. Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Tahap 2
7-14 tahun
Pada tahap ini, ibu bapa hendaklah mendidik dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, disiplin dan mula memberi mereka tanggungjawab. Didiklah mereka dengan solat, puasa dan ibadah lain sebaiknya. Ibu bapa juga boleh merotan anak sekiranya meninggalkan solat bermula umur 9 tahun.

Tahap 3
15-21 tahun
Ini adalah peringkat paling penting kerana anak-anak sudah remaja dan memang sifat remaja adalah zaman memberontak. Maka, ibubapa perlulah mula mendidik dengan menjadi kawan mereka. Sentiasa bertukar pendapat dengan mereka. Jadilah pendengar yang setia dan hormati pendapat mereka selagi tidak berlanggar dengan syarak. Pada masa inilah, anak-anak perlu diluruskan agar tidak tersimpang apabila dewasa kelak.


Tahap 4
21 tahaun ke atas
Ibubapa hendaklah memberi kebebasan bertindak kepada anak-anak selagi tidak bertentangan syariat. Namun ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan mereka begitu sahaja. Ibu bapa perlu menjadi penasihat agar tindak-tanduk anak-anak sentiasa terkawal. Ibu bapa janganlah terlalu mengongkong anak-anak. Anak adalah amanah dan bukan hak milik.
Kesimpulannya, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Maka didiklah diri kita sendiri dengan betul agar anak-anak dapat menjadikan kita contoh. Jadilah yang terbaik untuk anak-anak agar kita mendapat waris yang terbaik jua.
Wallahualam.