Isnin, 3 Disember 2012
Ibu bapa jangan risau jika mendapati anak-anak kecil asyik bermain kerana bermain itu adalah cara mereka belajar...Malah murid prasekolah juga suka bermain..Jadi tidak salah biar mereka bermain selagi apa yang mereka main tidak merbahayakan dan dibawah pemantauan kita
Khamis, 29 November 2012
Kita selalu merungut anak-anak tidak menghormati ibu bapa. Sedarkah..sebenarnya kita yang mengajar mereka bersikap demikian dengan mempamerkan kelakuan tidak hormat kita ketika berinteraksi dengan mereka.
Bagaimana?
Bagaimana?
Kita tidak menunjukkan rasa hormat...
~ apabila banyak berleter, menjerit-jerit marahkan anak, memukul mereka ketika naik angin dan merendah-rendahkan kebolehan anak.
~ apabila melakukan segalanya untuk anak-anak walaupun perkara itu boleh dilakukan sendiri oleh mereka (tidak memberi peluang pada mereka).
~ apabila kita mengamalkan sikap pilih kasih dan double standard.
Selasa, 27 November 2012
Ibu bapa yang cemerlang tidak akan memalukan anak, menakutkan anak, mendera dan memukul mereka samada di tempat tertutup dan lebih-lebih lagi tidak melakukan sedemikian rupa di hadapan orang ramai..
Sabtu, 24 November 2012
Belajar..belajar..belajar. .. Proses pembelajaran berlaku seumur hidup. Walaupun kita sudah bergelar seorang ibu, bapa, datuk atau nenek, masih banyak lagi perkara yang kita perlu belajar. So jangan jemu mencari ilmu...
p/s : kata-kata pembakar semangat untuk diri sendiri dan rakan2 upsi serta rakan lain yang turut sama belajar..
p/s : kata-kata pembakar semangat untuk diri sendiri dan rakan2 upsi serta rakan lain yang turut sama belajar..
Jumaat, 23 November 2012
Sabtu, 17 November 2012
Khamis, 15 November 2012
Tugas mendisiplinkan anak-anak kecil merupakan
sesuatu yang sangat mencabar bagi ibu bapa terutamanya apabila anak-anak
membuat kerenah yang pada anggapan ibu bapa tidak munasabah. Bayangkan betapa
kelam kabutnya kita apabila tiba-tiba anak mengamuk berguling-guling di lantai
di tengah-tengah orang ramai apabila kita menolak untuk membelikannya permainan
yang kita rasa tidak perlu. Puas dipujuk, tantrumnya tidak reda malah menjadi-jadi. Orang
ramai yang lalu lalang, memerhati. Perasaan kita bercampur baur antara malu,
stress, marah dan kecewa. Aduhai ibu bapa, jangan berputus asa...sesungguhnya
kerenah yang mencabar itu adalah normal pada anak-anak yang berusia antara 2 -
6 tahun dan kita sebagai ibu bapa sebenarnya berkemampuan untuk membantu
anak-anak supaya mereka boleh kontrol diri mereka sendiri. Gunakan kerenah yang
mencabar itu sebagai peluang untuk kita mendidik mereka
Selasa, 13 November 2012
JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa
setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA
ILAAHA ILLALLAH.
Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat
bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada
bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua
pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia
memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada
kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya
dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala
amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Harap dapat la terap kan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak..
Wallahualam.
Isnin, 12 November 2012
FAKTA
“Sesuatu yang telah ditemui oleh para saintis adalah dengan
memuji, anak anda akan menjadi lebih bijak jika dibandingkan dengan mereka yang
sering dipersalahkan. Itulah elemen kreatif yang ada pada pujian.”
-Thomas Dreier-
“One thing that scientists have discovered is that
often praised children become more intelligent
than often blamed ones. There's a creative element in
praise.”
- Thomas Dreier -
Ahad, 4 November 2012
TUNJANG PEMBELAJARAN :
- Tunjang Komunikasi
- Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
- Tunjang Kemanusiaan
- Tunjang Sains dan Teknologi
- Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
- Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:
- Membaca
- Menulis
- Mengira
- Menaakul
KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:
“The term early childhood refers to the period from birth to age eight,………Early childhood program provide services for children from birth through age eight in part day and full day group programs in centers, home and institution kindergartens and primary school and recreational program”. (Morrison, m.s. 24)
Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.
Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal
Jumaat, 2 November 2012
Bagaimana anda mendidik anak? Ayuh kita amalkan cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak berdasarkan sunnah Rasulullah.
Tahap 1
0-6 tahun : mumaiyyiz
Pada ketika ini, anak-anak perlulah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa. Mereka perlu dibelai, diajak bermain dan bergurau dengan penuh kasih sayang. Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.
Tahap 2
7-14 tahun
Pada tahap ini, ibu bapa hendaklah mendidik dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, disiplin dan mula memberi mereka tanggungjawab. Didiklah mereka dengan solat, puasa dan ibadah lain sebaiknya. Ibu bapa juga boleh merotan anak sekiranya meninggalkan solat bermula umur 9 tahun.
Tahap 3
15-21 tahun
Ini adalah peringkat paling penting kerana anak-anak sudah remaja dan memang sifat remaja adalah zaman memberontak. Maka, ibubapa perlulah mula mendidik dengan menjadi kawan mereka. Sentiasa bertukar pendapat dengan mereka. Jadilah pendengar yang setia dan hormati pendapat mereka selagi tidak berlanggar dengan syarak. Pada masa inilah, anak-anak perlu diluruskan agar tidak tersimpang apabila dewasa kelak.
Tahap 4
21 tahaun ke atas
Ibubapa hendaklah memberi kebebasan bertindak kepada anak-anak selagi tidak bertentangan syariat. Namun ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan mereka begitu sahaja. Ibu bapa perlu menjadi penasihat agar tindak-tanduk anak-anak sentiasa terkawal. Ibu bapa janganlah terlalu mengongkong anak-anak. Anak adalah amanah dan bukan hak milik.
Kesimpulannya, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Maka didiklah diri kita sendiri dengan betul agar anak-anak dapat menjadikan kita contoh. Jadilah yang terbaik untuk anak-anak agar kita mendapat waris yang terbaik jua.
Wallahualam.
Ahad, 28 Oktober 2012
Rabu, 24 Oktober 2012
Resipi...yum,yum,yummy.....
Salam, kali ni saya nk kongsi resipi yang saya ambil pada rakan FB...resipi untuk anak-anak anda semua...AIS KRIM GORENG...selalu beli siap jer kat frozen kn, apakata kali ini kita cuba buat sendiri...mesti lagi sedap sebab buatan dr "air tangan ibu sendiri"...
Salam, kali ni saya nk kongsi resipi yang saya ambil pada rakan FB...resipi untuk anak-anak anda semua...AIS KRIM GORENG...selalu beli siap jer kat frozen kn, apakata kali ini kita cuba buat sendiri...mesti lagi sedap sebab buatan dr "air tangan ibu sendiri"...
cuma resipi dalam bahasa inggeris...
jadi...SELAMAT MENCUBA
Ingredients
Bread
Ice cream
Cup / round container
Oil - For deep frying
—
Ice cream
Cup / round container
Oil - For deep frying
1: Place a scoop of ice cream on a bread slice. Now lay another bread slice over it
2: Cut it with cup / round container
3: Now fold the sides of both slices and use your fingers to press them together prevent ice cream flows out
4: Freeze the balls in a plastic overnight and deep fry in oil until golden brown. It will take only 20 - 30 seconds to fry them so be very careful. The outside will be crispy,hot and inside will be still frozen. Drizzle with strawberry syrup, chocolate sauce, honey, whipped cream as desired, and serve immediately. You can also sprinkle some cinnamon or powdered sugar on it. Repeat the same with the remaining frozen ice cream balls. Enjoy!!
Ahad, 30 September 2012
Sabtu, 29 September 2012
BAJET 2013
MEMPERKUKUH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Tuan Yang di-Pertua,
62. Melangkah ke ruang pendidikan awal kanak-kanak, kualiti pendidikan prasekolah amat penting sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan asas. Untuk ini, sebanyak 1.2 bilion ringgitdisediakan bagi tujuan pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak 380 juta ringgit disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
63. Berhubung perkhidmatan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti pula, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif,Kerajaan mencadangkan insentif-insentif berikut:
Pertama: Geran pelancaran 10 ribu ringgit kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat;
Kedua: Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada majikan;
Ketiga: Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta; dan
Keempat : Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pra-sekolah swasta.
64. Pada masa ini, kita dapati ramai kanak-kanak kurang upaya dari keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan TASKA OKU. Untuk ini Kerajaan akan melaksanakan projek perintis TASKA OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi downsyndrome, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.
Rabu, 26 September 2012
Definisi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia
Definisi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia
Kekeliruan sering berlaku terhadap definisi pendidikan awal kanak-kanak. Definisi yang sering diguna pakai sekiranya anda membaca buku-buku penilsan dan terbitan dari USA dan menjadi pegangan pendidik awal kanak-kanak dan ahli akademiknya di bawah peraturan National Association for the Education of Young Children (NAEYC) menyatakan pendidikan awal kanak-kanak adalah lahir hingga 8 tahun. Terdapat kekeliruan mereka yang tidak terdidik dalam bidang ini akan mengatakan bermula daripada sifar (0 tahun) tetapi sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak bermula dari bayi itu dilahirkan.
Di Malaysia terdapat kekeliruan ibu bapa khususnya definisi tadika, prasekolah dan taska. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan 'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. 'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih. Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.
Sumber dari : Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.)
Selasa, 25 September 2012
Selamat Datang ke Blog Saya
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Selamat Datang ke blog saya yang tidak seberapa canggih ini. Al-maklum lah budak baru belajar, jadi sudi-sudi la memberi pendapat korang macam mana nak bagi blog saya ni menarik ye...terima kasih ;)
Langgan:
Catatan (Atom)