CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Label

Jumaat, 2 November 2012



Bagaimana anda mendidik anak? Ayuh kita amalkan cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak berdasarkan sunnah Rasulullah.

Tahap 1
0-6 tahun : mumaiyyiz
Pada ketika ini, anak-anak perlulah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa. Mereka perlu dibelai, diajak bermain dan bergurau dengan penuh kasih sayang. Natijahnya agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Tahap 2
7-14 tahun
Pada tahap ini, ibu bapa hendaklah mendidik dengan kasih sayang tapi tegas dengan arahan, disiplin dan mula memberi mereka tanggungjawab. Didiklah mereka dengan solat, puasa dan ibadah lain sebaiknya. Ibu bapa juga boleh merotan anak sekiranya meninggalkan solat bermula umur 9 tahun.

Tahap 3
15-21 tahun
Ini adalah peringkat paling penting kerana anak-anak sudah remaja dan memang sifat remaja adalah zaman memberontak. Maka, ibubapa perlulah mula mendidik dengan menjadi kawan mereka. Sentiasa bertukar pendapat dengan mereka. Jadilah pendengar yang setia dan hormati pendapat mereka selagi tidak berlanggar dengan syarak. Pada masa inilah, anak-anak perlu diluruskan agar tidak tersimpang apabila dewasa kelak.


Tahap 4
21 tahaun ke atas
Ibubapa hendaklah memberi kebebasan bertindak kepada anak-anak selagi tidak bertentangan syariat. Namun ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan mereka begitu sahaja. Ibu bapa perlu menjadi penasihat agar tindak-tanduk anak-anak sentiasa terkawal. Ibu bapa janganlah terlalu mengongkong anak-anak. Anak adalah amanah dan bukan hak milik.
Kesimpulannya, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Maka didiklah diri kita sendiri dengan betul agar anak-anak dapat menjadikan kita contoh. Jadilah yang terbaik untuk anak-anak agar kita mendapat waris yang terbaik jua.
Wallahualam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pernah dengar gak...
kalau asuh anak bagi pengalaman seluas2nya....tak perlu marah2.
selepas kanak2 merasai pengalaman...
dia akan belajar...

Unknown berkata...

ya, mendidik kanak-kanak memerlukan kesabaran yang tinggi tapi bukan bermakna kita tidak boleh marah mereka. perlu marah untuk menunjukkan apa yang mereka lakukan adalah salah. sebagai seorang guru prasekolah murid prasekolah perlu juga dimarah untuk menunjukkan bahawa kita bertegas jika mereka melakukan silap. ini kerana anak zaman moden kini jika tidak dimarah akan menjadi terlalu manja..

Tanpa Nama berkata...

kesilapan orang dulu2...
marah x bagitau apa yang dimarah kan...
tapi heran kan...kite jadik gak rakyet bergune...
tapi skang kite marah anak2 siap dengan bukti dan dalil kenape kite marah...anak2 wat dunu jerrr

Unknown berkata...

memang tidak dinafikan cara didikan org tua dlu dan sekarang berbeza..hasilnye..ternyata menjadi juga anak mereka..cume anak zaman sekarang yang lebih mencabar dlm didikan..terpulang pada kebijaksanaan kite dlm mengendalikannye...

Unknown berkata...

Ibu bapa cemerlang berkemampuan menunjukkan dan memberikan kasih sayang tidak kira dalam apa keadaan sekali pun...samada ketika anak-anak berkelakuan baik atau sebaliknya...